Sabtu, 30 Ogos 2014

Nasi Goreng Kunyit

Bahan
2 biji telur
sedikit minyak
4 ulas bawang putih
1 mangkuk nasi saiz sederhana
garam secukup rasa
1 sudu serbuk kunyit ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut perubahan warna nasi)

Cara memasak

  1. Masakan ini di masak dengan api perlahan 
  2. Tumiskan bawang putih sehingga keluar bau dan masukan telur
  3. Masukan nasi , serbuk kunyit dan garam secukup rasa, gaul sehingga rata

Ayam kicap

Bahan
300 gram ayam (masak tidak terlalu garing)
4 ulas bawang putih
1 inci halia (dipotong kecil)
4 biji cili padi (potong kecil)
1 labu bawang besar (dipotong besar)
4 cawan air
1 batang serai (diketuk)
2 sudu minyak
4 sudu kicap
sedikit garam
sedikita air asam jawa (1 atau 2 sudu)

Cara memasak

  1. Masakan ini dimasak dengan api sederhana atau kecil
  2. Panaskan minyak.Setelah itu masukan ayam dan apabila ayam masak perlu diangkat
  3. Mengunakan minyak bekas goreng ayam tadi masukan halia, cili padi, bawang besar dan batang serai (masak sehingga keluar bau)
  4. Masukan ayam goreng, air, kicap, air asam jawa dan sedikit garam .Tunggu sehingga mendidih

Sup Telur

Bahan
4 biji telur dipukul hancur
1 tangkai daun bawang dipotong kecil
1 cawan air ( boleh tambah mengikut keperluan)
1 senduk minyak
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk perasa (jika mahu)
garam secukup rasa

Cara memasak
1 Panaskan minyak. Apabila sudah panas masukan telur dan kacau
2 Setelah telur masak buang minyak yang digunakan tadi dan masukan air
3 Masukan daun bawang garam secukup rasa, serbuk perasa dan serbuk lada putih
4 Tunggu sehingga mendidih dan selepas itu siap


Rabu, 13 Ogos 2014

Ayam masak merah

Bahan2

  • 1 ekor ayam
  • bawang merah 15 biji @ 3 biji bawang besar ( boleh dicampur sekali) (dikisar)
  • 7 ulas bawang putih, 10 biji lada kering  (dikisar)
  • setengah inci halia
  • sos tomato dan sos chili satu senduk
  • garam dan gula secukup rasa
Cara2 memasak

  1. ayam dipotong 12 belas dan dibersihkan
  2. ayam digaul sedikit garam dan halia selepas itu digoreng (ayam digoreng tidak terlalu garing)
  3. bahan dikisar ditumis dengan satu senduk minyak dan tunggu sampai wangi
  4. masukan sos tomato dan chili
  5. masukan garam dan gula secukup rasa
  6. masukan ayam yang telah digoreng 

Kerutub Daging @ Ayam

Bahan2

  • setengah kilo daging
  • 5 biji bawag putih (dikasar)
  • 10 biji bawang merah (dikisar)
  • setengah inci halia
  • rempah 1 paket kecil kerutub adabi
  • 250 gram santan (1 biji kelapa)
  • serai 1 batang (diketuk)
  • lengkuas 1 keping (diketuk)
cara membuat

  1. tumis bahan dikisar dan halia dengan setengah senduk minyak
  2. apabila kekuningkan masukan rempah kari dan setengah cawan air (api perlahan)
  3. biarkan sekejap dan masukan daging biarkan 5 minit
  4. masukan santan dan tambahkan air mengikut keperluan tidak terlalu banyak
  5. masukan garam, manisan atau gula secukup rasa
  6. masukan air asam jawa satu sudu makan, lengkuas dan serai
  7. dimasak dengan api perlahan dan tunggu kuah menjadi agak pekat

Ahad, 10 Ogos 2014

Gulai Kuning Ikan



Bahan A
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
lengkuas saiz kecil ambil sebesar ibu jari
3 biji lada kering
kunyit sebesar ibu jari @ satu sudu teh kunyit serbuk

Bahan B
5 ekor ikan kembung ( ikan merah, ikan tenggiri, ikan keli )
1 biji kelapa @ 250g santan
2 asam keping

Cara memasak
1) semua bahan A dikisar dan di masukan ke dalam santan
2) tambah sedikit air mengikut kemahuan tidak terlampau banyak
3) tambah garam secukup rasa  dan dipanaskan di atas api sederhanan
4) apabila mendidih masukan ikan
5) tunggu ikan  tersebut masak dan siap dihidangkan

Ahad, 13 Julai 2014

first day wat blog

blog oh blog...... pensyarah suruh wat blog pulak apa kes??? tapi okay jugak dpt belajar benda baru hihi... blog ni blh jana duit tak??? kalau dpt cun jugak. blog ni pasal makanan so.... kena sabarlah sikit ni bulan puasa kah.. kah.... betul2 x ada kerja tulis ni